CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, February 28, 2008

Teks Ucapan Rasmi

Teks Ucapan Rasmi Timbalan Naib Canselor Untuk Majlis Makan Malam Rasmi

SEUNTAI KATA
SEMANIS BICARA

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke Hadrat Ilahi dan jutaan terima kasih kerana diberi peluang untuk mencoretkan sepatah dua kata sempena Majlis Makan Malam Rasmi Kolej Dua Belas Kali VII serta setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada mereka yang telah bekerja keras untuk menganjur dan menjayakan majlis kali.

Menyedari akan kepentingan peranan pelajar dalam mendokong dan menyokong aspirasi negara dan universiti, pihak Universiti Putra Malaysia telah menggariskan beberapa matlamat dalam usaha melahirkan para graduan yang berkualiti dan berupaya untuk melibatkan diri dalam arus pembangunan dan pemodenan negara serta untuk terus maju melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan di universiti. Matlamat dan objektif ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa kerjasama dan penyertaan daripada golongan siswa dan siswi sendiri. Sehubungan itu, para pelajar yang diraikan malam ini, iaitu mereka yang bakal bergraduat ini perlulah mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan sebagai bekalan untuk masa hadapan, memandangkan golongan inilah yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara kelak serta mampu untuk bersaing dalam dunia global yang semakin kompetitif pada hari ini.

Sebagai penutup bicara, saya menyeru kepada semua warga Kolej Dua Belas agar menggunakan semua ruang dan merebut segala peluang ruang yang ada di universiti ini untuk memperkasakan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran, di samping menggembleng tenaga dan mencurahkan bakti yang tidak ternilai demi agama, bangsa dan negara.

Kepada pelajar tahun akhir jangan lupa mengikuti program ‘Modul Ketrampilan Graduan’ (Finishing School Modules).
Sekian, selamat maju jaya.


PROF. MADYA DR. AZALI MOHAMED
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

0 comments: