CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 12, 2008

Kecantikan Tradisional

Petua menjaga muka

Menghaluskan kulit mukaa) Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.b) Bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi. Kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.Menegangkan kulit mukaa) Ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan mentimun tetapi sebelum itu mentimun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.b) Rebus segenggam biji kani@manjakani di dalam periuk tanah sehinggalah ianya menggelegak dan pekat. Tunggu sehingga ianya suam. Kemudian sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih. Amalkan selalu.Menghilangkan jerawata) Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Selawat sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan pada muka. Amalkan selalu, InsyaAllah jerawat akan beransur hilang.b) Tumbukkan sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah itu, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.Merawat kulit berkeduta) Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Amalkan selalu.

Wanita dan kecantikan

Petua Hilangkan Parut

Petua Cara 1 :Cuci muka anda dengan air basuhan beras. Saya menggunakan air basuhan kali ke-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiap hari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah dan lembutPetua Cara 2 :Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas

Undang-undang Komersial

Terma-terna yang ditetapkan dalam mewujudan kontrak dalam sesuatu undang-undang komersial

Keupayaan Berkontrak

Kontrak adalah perjanjian yang mengandungi hak dan kewajipan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang berkontrak. Justeru itu amat penting sekali sesutu pihak yang bersetuju untuk menerima kewajipan di bawah sesuatu kontrak cukup matang dan berfkiran waras supaya kesanggupan menerima kewajipan itu benar-benar suatu keputusan yang paling berfaedah kepadanya atau setidak-tidaknya tidak akan memudaratkannya. Dengan sebab inilah, undang-undang mewajibkan pihak-pihak yang berkontrak mesti berupaya dari segi usia dan minda untuk menyertai urusan kontrak.

Kontrak terbahagi kepada tawaran, penerimaan, niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang, balasan, keupayaan, dan kerelaan bebas.

Kesemuanya ini adalah digunakan di dalam aktiviti perdagangan. Maka disini sekiranya seseorang ingin megemukakan pembelaan ke atas diri sendiri dalam bidang komersial, mereka bolehlah menyatakan saman ke pihak tertentu dengan adanya bukti-bukti hujah yang fakta yang telah termaktub di dalam perundangan komersil.

Firma Facie

Istilah ini adalah digunakan dalam bidang undang-undang kormesil yang bermaksud, apabila seseorang yang menerima bahagian yang diperolehi daripada keuntungan sesuatu perniagaan sebagai pekongsi dalam perniagaan itu.

Wednesday, March 5, 2008

Wanita

Petua awet muda

Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita,namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya satu amalan.Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.Dalam pengamatan saya sendiri, amalan ini telah terbukti berkesan kerana semua 'wanita cantik' yang saya pernah kenal menurunkan petua ini kepada saya apabila saya bertanya 'rahsia' wajah mereka yang tegang dan sentiasa kelihatan ceria.
Labels: awet muda, petua air suam, petua awet muda, petua tegang wajah, petua wajah ceria

Thursday, February 28, 2008

Kata-Kata Hikmah

Wanita Solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang
menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,Bersyukurlah diatas apa yang ada,Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama

Teks Ucapan Rasmi

Teks Ucapan Rasmi Timbalan Naib Canselor Untuk Majlis Makan Malam Rasmi

SEUNTAI KATA
SEMANIS BICARA

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan kesyukuran ke Hadrat Ilahi dan jutaan terima kasih kerana diberi peluang untuk mencoretkan sepatah dua kata sempena Majlis Makan Malam Rasmi Kolej Dua Belas Kali VII serta setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada mereka yang telah bekerja keras untuk menganjur dan menjayakan majlis kali.

Menyedari akan kepentingan peranan pelajar dalam mendokong dan menyokong aspirasi negara dan universiti, pihak Universiti Putra Malaysia telah menggariskan beberapa matlamat dalam usaha melahirkan para graduan yang berkualiti dan berupaya untuk melibatkan diri dalam arus pembangunan dan pemodenan negara serta untuk terus maju melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan di universiti. Matlamat dan objektif ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa kerjasama dan penyertaan daripada golongan siswa dan siswi sendiri. Sehubungan itu, para pelajar yang diraikan malam ini, iaitu mereka yang bakal bergraduat ini perlulah mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan sebagai bekalan untuk masa hadapan, memandangkan golongan inilah yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara kelak serta mampu untuk bersaing dalam dunia global yang semakin kompetitif pada hari ini.

Sebagai penutup bicara, saya menyeru kepada semua warga Kolej Dua Belas agar menggunakan semua ruang dan merebut segala peluang ruang yang ada di universiti ini untuk memperkasakan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran, di samping menggembleng tenaga dan mencurahkan bakti yang tidak ternilai demi agama, bangsa dan negara.

Kepada pelajar tahun akhir jangan lupa mengikuti program ‘Modul Ketrampilan Graduan’ (Finishing School Modules).
Sekian, selamat maju jaya.


PROF. MADYA DR. AZALI MOHAMED
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Puisi

Kayu Patah


Hijau terhampa
Hasilkan udara segar
Tanah gembur penghasil kehidupan
Satwa liar bebas berkeliaran
Tersaji dalam satu kawasan
Terdapat dalam rimba raya penuh petualangan
Kita semua kagum melihatnya
Kita semua ingin memilikinyaBahkan kita ingin jadi kaya karenanya
Dan alat-alat berat dikerahkan
Dan senjata-senjata tajam digunakan
Dan para tenaga kerja dikerahkan
Deru gergaji meraung dengan ganas
Diiringi kematian sang penunjang kehidupan
Tidak lagi hijau
Tidak lagi subur
Yang ada hanya gersang
Tak ada lagi tempat bernaung
Tak ada lagi udara segar
Tak ada lagi penahan banjir
Semua habisSemua hilang

Kebudayaan

PENGENALAN KEBUDAYAAN

Kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup.
Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Tetapi dalam pertuturan sehari-hari, kebanyakan daripada kita membuat pengertian kebudayaan atau mengaitkan dengan fenomena-fenomena seperti bentuk tarian dan muzik, makanan, fesyen pakaian sahaja. Jadi pengertian di sini adalah terlalu sempit dan terhad. Tetapi bagi ahli sains sosial, pengertian kepada konsep kebudayaan ini lebih luas.
Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material.

Wednesday, February 27, 2008

Rahsia Wanita

Wajah Berseri dan Cerah


Petua Cara 1 :Cuci muka anda dengan air basuhan beras. Saya menggunakan air basuhan kali ke-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiap hari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah dan lembutPetua Cara 2 :Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas

Surat Jemputan

Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Dua Belas
Aktiviti yang telah dijalankan

  • Majlis Makan Malam Rasmi
  1. Contoh surat jemputan untuk VIP



Rujukan kami : UPM/K12/600-2/7 (MMMR - VII)
Tarikh : 8 Februari 2007

En. Mohd Nazri Noh
Ketua Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa
Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan.

Melalui ;

Dr. Saidon bin Amri
Pengetua
Kolej Dua Belas
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan.


Y. Bhg. Prof. Dr.,

JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM RASMI KOLEJ DUA BELAS 2007 KALI KE VII

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Dua Belas dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas akan mengadakan Majlis Makan Malam Rasmi Kolej Dua Belas kali ke VII.

Majlis ini bertujuan meraikan pelajar Kolej Dua Belas yang akan bergraduat pada tahun ini. Di samping itu, program ini juga bertujuan memberi penghormatan dan penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan ko-kurikulum.

Berikut adalah butir-butir majlis:


Tarikh :10 Mac 2007
Tempat :Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya
Masa :8.00 mlm

Tema : Merah

Segala perhatian daripada Y. Bhg. Prof. Dr. didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.


“Selaut Kasih, Semekar Kenangan”


Yang menjalankan tugas,



IMRAN MD JELAS
Pengarah
Majlis Makan Malam Rasmi kali ke VII
Kolej Dua Belas
Universiti Putra Malaysia.